Saturday, February 6, 2010

lihatlah ke dalam diri

salam

'DUGAAN'. perkataan yg sangat sinonim dalam kehidupan manusia bahkan selalu bertali arus dalam kehidupan kita.kerana nilai dugaan yang cukup besar harganya, manusia perlu menghadapinya dengan sepenuh kekuatan yang diberikan Allah dalam jiwa melalui kekuatan iman dan akal fikiran.lihat ke dalam diri... kuatkah kita selama ini mengharungi dugaan daripadaNya??

saya sendiri akui kadang-kadang goyah dan hampir hayut. tatkala ujian datang menimpa sering saja kita terlalu cepat melatah.saya tidak pasti anda semua bagaimana kerana pendirian kita berbeza.sememangnya ujian kadang-kadang cukup berat untuk dipikul. tetapi saya percaya jika ia diterima dengan keredhaan, akan hadir sedikit ketenangan dalam kehidupan.

jadi dimanakah titik resolusinya?hanya satu yang saya percaya sebagai peneman kepada 'DUGAAN' iaitu 'SABAR'..antara elemen yang semakin hilang dalam diri manusia sekarang. Allah meletakkan kepentingan sabar sebagai asas dalam menghadapi ujian dan malapetaka.

Firman-Nya disebutkan, Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 45)

kemanakah motivasi kita dijanakan tatkala menghadapi dugaan yang mendatang? hanya ada 2 jalan yang menjadi pilihan. samada kita terus mengaku kalah dan membunuh keyakinan diri sehingga terjerumus ke lembah hina ciptaan sendiri ATAU pilihan terbaik berfikir sejenak menyedari dugaan sebagai platform mematangkan jati diri dan melonjakkan tingkat keimanan.
usah tanya saya. usah bertanya kepada orang lain.tepuk dada dan tanyalah iman. kerana kita tidak keseorangan. Allah selalu bersama orang-orang yang sabar dan selalu mendengar rintihan hambaNya.

jika dilihat dari mata kasar manusia mungkin tidak membawa erti. entahkan setiap dugaan yang datang dan berlalu pergi tanpa sedikit peringatan terselit di hati. tetapi saya secara peribadi merasakan setiap ujian itu ada hikmahnya tersendiri. seandainya di saat ini kita dikelilingi oleh insan bernama ibu.bapa.adik beradik bersama rakan-rakan yang baik dalam keadaan aman maka bersyukurlah..

nasihat sabar dalam keimanan saya rasakan sebagai kata-kata terbaik yang perlu diungkapkan.. ingatlah tentang perjalanan penuh cabaran manusia-manusia bergelar nabi dan rasul pilihan Allah, sebagaimana disebutkan dalam surah al-Asr ayat 1 hingga 4:

Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.

sekadar perkongsiaan dan juga merupakan peringatan kepada diri sendiri
wassalam..



1 comments:

faiz ck said...

=)
ty

Post a Comment