Saturday, February 20, 2010

-semangat yg luntur-

salam

entah mengapa kali ini dirasakan begitu sesak sekali dada untuk mengharungi hidup di bumi sakura. di saat ini hanya di sini saya mampu meluahkan perasaan yang terbuku. tidak mahu rasanya membebankan orang di sekeliling.

minggu yang di temani dengan kesedihan. begitu yang boleh saya ungkapkan kali ini. sebelum ini saya pernah menulis tentang dugaan dan mind setting. mengakui mentaliti saya begitu goyah tatkala ini. hipokritkah??

kadang-kadang hidup x selalu mudah. saya tetap bersyukur dengan segala rezeki yang di berikan oleh-Nya. tidak tahu di mana silap. mungkin sahaja diri ini masih tidak dapat menilai diri sendiri. usaha berbukit tidak selalunya membuahkan hasil yang manis. entahlahh.. sekarang itu sahaja yang mampu saya fahami. sebagai manusia .. pendirian kita berbeza.

di kala ini.. di saat ini.. semangat saya goyah. hampir luntur segala pendirian yang seakan sebelum ini sekukuh konkrit tetapi menghilang entah di mana.

Ya Allah. enkau maha mengetahui apa yang tersirat di dalam hati hamba-Mu ini.. saya mengakui saya tidak kuat. kenapa harus cepat melatah.. tidak tahu..

p/s.. semoga diri ini terus tabah..


1 comments:

faiz ck said...

dont worry for every solution there is solution
if there is not any what use of worrying
tc mate!
i'm here
i'm really here
u can call me anytime ok..tc
love u always

Post a Comment